Tuesday, August 23, 2011

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - AKTA SENJATA API


Akta 37
AKTA SENJATA API
(PENALTI LEBIH BERAT) 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 37
AKTA SENJATA API 

(PENALTI SUSUNAN SEKSYEN LEBIH BERAT) 1971



1. Tajuk ringkas, pemakaian, permulaan kuat kuasa dan tempoh lamanya

2. Tafsiran

3. Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual

3A. Penalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api

4. Penalti kerana menunjukkan senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual

5. Penalti kerana ada senjata api dalam melakukan suatu kesalahan berjadual

6. Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual

7. Penalti kerana berdagang senjata api

8. Penalti kerana memiliki senjata api dengan menyalahi undangundang

9. Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api

10. Bidang kuasa Mahkamah Sesyen

11. Peruntukan khas berkenaan dengan pemindahan sesuatu kes ke, dan perbicaraan oleh, Mahkamah Tinggi

12. Jaminan tidak dibenarkan mengenai kesalahan di bawah Akta ini


Akta 37
AKTA SENJATA API (PENALTI
LEBIH BERAT) 1971
Suatu Akta bagi mengadakan penalti lebih berat kerana menggunakan senjata api pada melakukan kesalahan tertentu dan bagi kesalahan tertentu berkenaan dengan senjata api, dan bagi membuat peruntukan khas berkenaan dengan bidang kuasa mahkamah mengenai kesalahan di bawahnya dan perbicaraannya.
[Seluruh Malaysia—1 Oktober 1971,

P.U.(B)339/1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas, pemakaian, permulaan kuat kuasa dan tempoh lamanya

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab atas ketenteraman awam melalui pemberitahuan dalam Warta yang tidak lebih awal dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan.

(4) Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan dengan ketetapan yang diluluskan oleh kedua - dua Majlis Parlimen: Dengan syarat bahawa pembatalan itu tidak menyentuh apa-apa jua yang telah dilakukan dahulunya menurut Akta ini.

Tafsiran
 (1) Dalam Akta ini—

“berdagang senjata api” ertinya—
(a) menjual atau memindahmilikkan, atau menyimpan atau mendedahkan untuk dijual atau dipindah milik, sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206]; 

(b) membaiki atau menerima untuk dibaiki sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(2) Akta itu;

(c) memindahmilikkan, menjual atau menawarkan untuk dijual sesuatu senjata api kepada seseorang yang lain daripada seseorang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1) Akta itu; atau

(d) mengimport sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 15(1) Akta itu;

(e) (Dipotong oleh Akta A266); “kesalahan berjadual” ertinya apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual; “mahkamah rendah” mempunyai  pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964

“melepaskan tembakan” ertinya menyebabkan dilepaskan sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain daripada sesuatu senjata api dengan alat cas letupan, dan termasuklah menyebabkan sesuatu bom atau grenad diletupkan;
“memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang” ertinya memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu senjata api, atau membawanya, bersalahan dengan Akta Senjata 1960; “pemenjaraan seumur hidup” ertinya pemenjaraan selama tempoh hayat orang yang dijatuhi hukuman itu walau apa pun peruntukan seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan dengannya; “senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain boleh dilepaskan dengan alat cas letupan dan termasuklah sesuatu bom atau grenad yang mengandungi cas letupan.
 Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 7

(2) Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini
y a n g   t e r d a p a t   d a l a m   K a n u n   K e s e k s a a n   [A k t a   5 7 4]   m a s i n g - ma s i n g n y a  mempunyai   p e n g e r t i a n   y a n g   d i b e r i k a n   k e p a d a n y a dalam Kanun itu.

Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual
3. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang hendaklah dihukum mati walaupun tiada apa-apa kecederaan berlaku oleh sebabnya.

Penalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api 
3A. Jika, dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang, seseorang melepaskan tembakan senjata api pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual, setiap seorang daripada rakan sejenayahnya mengenai kesalahan itu yang berada di tempat kesalahan itu dilakukan atau cuba dilakukan atau disubahati dilakukan, yang mungkin dengan munasabah dianggap telah mengetahui bahawa orang itu telah membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan  atau kawalannya senjata api itu
hendaklah, walaupun tiada apa-apa kecederaan yang disebabkan oleh lepasan tembakan itu, dihukum mati melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah  mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah lepasan tembakan itu.

Penalti kerana menunjukkan  senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual
4. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual atau sesuatu rompakan menunjukkan suatu senjata api dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Penalti kerana ada senjata api dalam melakukan suatu kesalahan berjadual
5. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu  kesalahan berjadual ada pada dirinya suatu senjata api hendaklah dipenjarakan seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual
6. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual menunjukkan suatu senjata api tiruan dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai  sepuluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada tiga kali.

Penalti kerana berdagang senjata api
7. (1) Seseorang yang berdagang senjata api hendaklah dihukum—
(a) mati; atau
(b) dengan pemenjaraan seumur hidup dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.
(2) Seseorang yang dibuktikan  memiliki lebih daripada dua senjata api dengan menyalahi undang - undang hendaklah dianggap berdagang senjata api.

Penalti kerana memiliki senjata api dengan menyalahi undangundang
8. Seseorang yang memiliki  sesuatu senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api
9. Seseorang yang berkawan, atau didapati ada bersama dengan seorang lain yang memiliki suatu senjata api dengan menyalahi undang-undang dalam hal keadaan  yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui bahawa orang lain itu telah memiliki senjata  api itu dengan menyalahi undangundang hendaklah dihukum dengan  pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa
orang lain itu telah tidak memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang.

Bidang kuasa Mahkamah Sesyen
10. (1) Walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan  di bawah Akta ini, kecuali kesalahan di bawah seksyen 3 atau 3A, dan untuk mengenakan bagi apa-apa kesalahan yang dibicarakan itu hukuman atau penalti penuh yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut oleh Akta ini, kecuali hukuman mati.

(2) Walau apa pun peruntukan  subseksyen (1), Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa  untuk membicarakan sesuatu kes mengenai  sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, jika Pendakwa Raya menghendaki mana - mana kes seperti itu dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

Peruntukan khas berkenaan dengan pemindahan sesuatu kes ke, dan perbicaraan oleh, Mahkamah Tinggi
11. (1) Jika sesuatu kes mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini dikehendaki oleh Pendakwa Raya supaya dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, orang  yang dituduh itu hendaklah dikemukakan di hadapan mahkamah rendah yang sewajarnya yang hendaklah, setelah pertuduhan itu diterangkan kepada orang yang dituduh itu, memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi tanpa mengadakan siasatan permulaan di bawah *Bab XVII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan menyebabkan orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu dengan seberapa segera yang praktik.

*(2) Apabila orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX Kanun Tatacara Jenayah.

(3) Perbicaraan sesuatu kes  yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang seorang sahaja, dan **Bab XXI dan XXII Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai bagi perbicaraan itu.

(4) Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan.
Jaminan tidak dibenarkan mengenai kesalahan di bawah Akta ini

12. (1) Jaminan tidak boleh dibenarkan bagi seseorang yang dituduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini. 
(2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain atau apa-apa hukum undang-undang yang berlawanan.

Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 11
JADUAL
[Seksyen 2]

1. Pemerasan.

2. Rompakan.

3. Penghalangan atau penentangan, oleh seseorang, terhadap penangkapan dirinya atau seorang lain oleh seorang pegawai polis atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa dengan sah untuk menangkapnya.

4. Lari daripada jagaan yang sah.

5. Melarikan orang atau menculik di bawah seksyen 363 hingga 367 Kanun Keseksaan dan seksyen 3 Akta Penculikan 1961 [Akta 365].

6. Pecah rumah atau menceroboh rumah di bawah seksyen 454 hingga 460 Kanun Keseksaan. 


City Square Shooting Gallery