Sunday, August 14, 2011

Peringatan Penting Buat BG Part 1


Kemahiran dalam mengendali senjatapi untuk seorang BG adalah wajib namun begitu, menggunakannya adalah pilihan terakhir sekiranya tiada pilihan lain untuk mempertahankan diri & dalam situasi yang mengancam nyawa BG & prinsipal. BG harus menggunakan akal terlebih dahulu. Tugas seorang BG bukan sebagai bullet pfroof vest, BG perlu pastikan dia & prinsipal hidup & selamat dari ancaman.

Ada yang mengatakan BG perlu berkorban nyawa untuk prinsipal nya dengan menahan diri atau meletak dirinya diantara peluru penyerang & prinsipal. Tapi kalau BG tersebut mati atau parah, anda fikir prinsipal itu akan selamat selepas itu, lebih lebih lagi hanya ada satu BG saje? Maka lunyai lah prinsipal tersebut di kerjakan penyerang2... 

Kesimpulannya... BG kena pastikan survivor dia & prinsipal setiap masa... kalau boleh dielak dari sebarang konfrontasi lebih baik.. selalu kena ingat, BG adalah defender bukan attacker.. Kita mungkin kuat atau kebal (pakai tangkal atau besi kuning..hehehe) tapi lebih baik ambil jalan yang selamat & tidak menyusahkan kita, dan ini bukan bermaksud kita pengecut tapi menggunakan akal terlebih dahulu bukan membuta tuli. Kita ada keluarga yang menanti kepulangan kita. Kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga bukan meminta sedekah. Kita pertaruhkan nyawa kita. Oleh itu hargailah nyawa & kesihatan kita.

Cuba renungkan... dimana berakhirnya kehandalan & kesetiaan Hang Tuah, dimana berakhirnya keberanian & kepahlawanan Hang Jebat.

Ini adalah teori asas dalam kerjaya bodyguarding " NON-Confrontation" yang harus diguna pakai oleh setiap BG.

City Square Shooting Gallery