Sunday, August 14, 2011

Peringatan Penting Untuk Pemegang Lesen Bawa & Guna Senjatapi

Setiap BG yang bertugas menggunakan senjatapi dibawah lesen Carry & Use (Bawa & Guna) Pol 115 (Pin. 1/78) adalah tertakluk dibawah pematauan Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia setiap masa. Oleh itu segala perbuatan dan tata etika dalam penggunaan senjatapi haruslah dipatuhi sepenuhnya. Sebarang penyalah gunaan akan mengakibatkan lesen ditarik balik & senjatapi akan dirampas serta merta. Anda juga mungkin akan di caj atas kesalahan jenayah mengikut akta & seksyen kesalahan yang dilakukan. Dan yang paling menyedihkan, anda mungkin tidak berpeluang lagi untuk menggunakan senjatapi selepas itu.



Didalam Buku Lesen anda ada ternyata dengan jelas dimuka 13 & 14, iatu perkara perkara dibawah Undang Undang Senjata, 1960 - Seksyen 4(3) yang mana lesen boleh terbatal dengan sendirinya.


Oleh itu para BG sekalian, jagalah lesen & senjatapi anda sebaik mungkin, dan senjatapi mesti setiap masa berada di badan anda sewaktu bertugas tak kira dimana jua anda pergi. Patuhi arahan tugasan anda dan pastikan perbuatan anda tidak menyalahi undang undang. Kerana ianya periuk nasi kita, sumber pendapatan kita untuk menyara diri dan keluarga.

City Square Shooting Gallery