Sunday, August 14, 2011

Pelajaran Penting Yg Perlu Ada Dalam Kursus Bodyguard (BG)


Satu pelajaran penting yang sentiasa dilupakan dalam pengajian atau kursus pengiring peribadi (bodyguard) ialah subjek kajian kes (case study).

Iaitu, mengimbas kembali kejadian kejadian sebenar yang telah berlaku keatas mangsa mangsa (prinsipal) seperti ditembak ketika makan di restoren, diculik dijalan raya, didalam lif, dalam pasaraya, dirompak & dipukul, diserang. Sebenarnya, banyak kejadian seumpana ini telah berlaku didalam negara kita cuma ianya tidak dihebahkan oleh media atas sebab sebab tertentu. Kejadian kejadian seumpana ini harus dan mesti dikaji oleh setiap BG dan cuba mengenal pasti dimana silapnya atau kecuaian serta kelalaian yang mengakibatkan nyawa terkorban, kerugian harta benda atau diculik.

Kita harus merancang kehadapan semasa bertugas, contohnya, pada satu majlis keramaian di dewan besar yang mempunyai beratus ratus tetamu. Kita harus mencari dimana jalan keluar yang paling pantas untuk membawa prinsipal kita lari keluar sekiranya berlaku apa apa musibah. Bukan itu saja, seorang BG harus peka dan pantas membuat analisa tentang suasana majlis itu dan membuat mapping tentang kawasan itu didalam kepala dengan segera. Mungkin prinsipal kita hendak ke tandas, kita harus membawa dia pergi, tapi adakah kita tahu dimana? Tanya atau cari awal awal! Prinsipal akan mengagumi kecekapan kita. kadang kadang perkara yang seremeh itu boleh membuat kita dapat elaun lebih.

City Square Shooting Gallery